Thursday, August 10, 2017

Interview JPA

Assalamualaikum guys :) I should be posting bout JPA's iv waktu bulan April but Im so lazy and yaa sekarang baru dapat hidayah nak share pengalaman ni utk rujukan/persediaan anak2 muda di masa akan datang. Let's keep this simple !

First of all, kalau diminta berpakaian baju sukan, jangan gelabah. Takde ujian kecergasan pun, ini hanyalah utk keselesaan.

Next, sediakan salinan dokumen yg diminta dengan lengkap. Bawaklah salinan dan juga yg asal.

So, first task, kita akan diletakkan dalam kumpulan 5/6 orang. Di situ, ada 3 interviewers. Mereka akan tanya soalan dan semua diberikan peluang utk menjawab soalan itu. Jika ditanya dlm english, jawab dalam english dan begitulah sebaliknya.

First question I got is "Apakah usaha kamu utk menerapkan semangat patriotik dlm kalangan generasi muda?" So I started mumbling bout how I love the idea of Faizal Tahir writes song bout Negaraku, which youngsters nowadays singing it everywhere I go and, I'd love if more superstars could be that creative. Maybe through movie too, like Leftenan Adnan and so on.

Then, second question is "Adakah berbaloi utk terus menghantar pelajar ke luar negara sedangkan Malaysia mengalami kegawatan kewangan?" Basically, everyone say yes bcoz those students akan pulang dengan kejayaan yg bakal memajukan negara, menyumbang kpd pendapatan jangka panjang. I tried to be creative by saying those students in overseas jd wahana utk memperkenalkan Malaysia kpd orang luar. I mean, why not? People is always curious bout students from other countries, they'll be curious bout us, bout Malaysia, the people, the culture, the food, the spectacular scenery. By that, possibility bilangan pelancong ke Malaysia akan meningkat, so pendapatan negara juga meningkat.

Lastly, "Apakah pengalaman pahit yg mematangkan awak?" Story time! I flashback to form3 where I struggled a lots trying to seimbangkan kokurikulum dan akademik. During trial, my result is so bad, i even failed a subject. After that, I stopped with outclass activities and focus on studies and Alhamdulillah I managed to get 8A's during PT3. Of course, with the help of friends and teachers.

TIPS: BE THE EARLIEST PERSON TO ANSWER THE QUESTIONS

Next activity, we sat in a group again, of 6 people. This time, we were given a title to discuss bout it and present it later. My group got title "Malaysia as educational hub." So we were given 10-15 minutes to discuss the points and then we need to present it. Later on, the interviewers will ask question personally according to your point. So, I present bout the top universities in Malaysia, those with splendid worldwide ranking (UM, UKM, UPM, USM).

 They tend to ask me "Despite the good qualities for those universities, ada tak kekurangan yg perlu ditambahbaik?" So I was trapped sbb I dah cerita panjang lebar tentang kehebatan universities tu and now saya dipaksa menyatakan kekurangannya. I don't really remember what my answer is since ianya berterabur so yaa, r.i.p me :')

TIPS: JANGAN CAKAP TERLALU LAMA WAKTU PRESENTATION, ANDA AKAN DIMINTA BERHENTI. JAWABLAH SOALAN YG DITUJUKAN KEPADA RAKAN ANDA JIKA DIA TIADA JAWAPAN.

So, result JPA keluar dalam pertengahan May dan bukanlah rezeki saya. I didn't get it but it was a good experience for myself, and to be shared. Sekian.

Thursday, April 6, 2017

Gunung Jerai, Kedah

Assalamualaikum :D so, Zara nak kongsi percutian bajet untuk 2, 3 hari sahaja buat korang semua. Zara pergi ni pun waktu mama tengah pantang juga, tak boleh berjalan jauh. So, you can try to check out Gunung Jerai, Kedah as your next destination. Memang paling sesuai untuk take a break from work dan dapatkan udara segar serta bersatu dengan alam semulajadi.

Kan ku ukir namamu di awan gunung jerai~
Bersaksikan laut daun nyiur melambai~

So, sebelum naik ke Gunung Jerai ni, Zara stop dulu dekat Muzium Arkeologi Lembah Bujang. Ni kira dekat kaki Gunung Jerai tu jugalah, stop dulu sebelum tekan minyak pusing2 mendaki gunung. So, apa yang menarik dekat sini? Well, ada pelbagai barang arkeologi sejak kurun ke-2 hingga ke-12 masihi. Apa yang lagi menarik? Siap ada candi lagi dekat situ, alaa yang korang belajar dalam sejarah tu pasal Hindu Buddha. Apa pula yang paling menarik? Masuk percuma! Nah visit guna gambar dulu, nanti visit betul2 yaa.








Lepas tu, Zara menginap dekat The Regency Jerai Hill Resort, Zara memang suggest lah korang menginap dekat sana sebab indah jer sekeliling dia dengan pokok2 bunga warna-warni. Hati2 bila jalan sebab dia atas gunung, ada yang curam sikit tapi no hal lah babe :) eh, tak percaya ke? Nak tengok gambar juga betapa indahnya? Nahh selamat jamu mata.





Kan dah cakap indah, bagi heart eyes emoji sikit hehe. And as usual, any resort or hotel yang hebat ni perlu ada swimming pool, tu dah kira wajib lah. Bukan untuk kita, tapi untuk adik2 atau anak2 kita, mereka kalau pergi hotel jer first question mesti "Ada swimming pool tak?". Kita ni lainlah first question selalunya "Ada wifi tak?". Hahaha admit it babe. Okay so here's the swimming pool.



Next, korang boleh juga melawat Muzim Perhutanan yg terletak di puncak gunung. Rumah ni dibina dari kayu seakan-akan rumah tradisional Melayu. Selain tu, dekat situ ada juga taman rimba. Untuk yg suka keindahan alam, mmg patut korang bersiar-suar dekat hutan rimba ni. Ada air terjun wohooo. Lagipun sbb dia dekat area puncak gunung, mmg rasa fresh udara dia fuhh, siap boleh tengok pemandangan sawah padi lagi dekat bawah.


So, put Gunung Jerai on the list as your next short break vacation or percutian bajet okay :) it's worth it.

Friday, March 24, 2017

Cara Menghilangkan Sunburn

Assalamualaikum :) post kali ni mesti semua orang dah banyak kali dengar dan dah arif tentang cara nak menghilangkan sunburn. Tapi kali ni cara dia lain sikit bcoz it is Zara's style.

Mari mulakan dengan mukadimah dulu. Sunburn ni terjadi bila kulit terkena sinaran matahari secara langsung melebihi 30 minit. Selalunya mereka yang berkulit
putih memang teruk bila kena sunburn akibat kandungan melanin yang rendah.

Hari tu, Zara join ANSARA netball di UM. Memang seharian tu teruk muka ni kena sunburn. Teruk mana? Tengok gambar ni.
Sebelum

Selepas

Okay jadi langkah awal kalau taknak sunburn kita tak sepatutnya biarkan diri terdedah pada sinaran matahari waktu 10 am till 3 pm sebab sinaran UV kuat waktu tu. Kalau terpaksa juga, gunalah sunblock untuk halang sinaran UV ni.

Tapi kalau dah terkena juga sunburn ni, jangan risau. Zara dah guna cara ni dan Alhamdulillah dalam 3, 4 hari jer kulit dah okay semula.

Peringkat awal sunburn, kulit kita akan kemerahan dan rasa panas, kering, gatal. Jadi bagi mengelakkan kulit ni jadi lebih teruk seperti menggelupas, letaklah mayonis pada waktu malam. Ia membantu kulit kita menjadi sejuk.

Keesokannya, bila kulit dapat diselamatkan daripada rasa panas, kering, gatal menggunakan mayonis, barulah ke langkah seterusnya. Gunakan limau nipis untuk menghilangkan sunburn yang membuat kulit anda tu gelap. Pada awalnya terasa pedih muka tapi itulah yang bagus, sedikit asid untuk kikis setiap kandungan yang menggelapkan kulit. Letak limau nipis ni 2 kali sehari untuk tempoh 2, 3 hari.

Maka macam tu sahaja anda akan mendapati kulit anda kembali seperti biasa. Cepat dan mudah dan jimat. Ingat dua simple steps ni. Mayonis dan limau nipis okay :)