Thursday, April 6, 2017

Gunung Jerai, Kedah

Assalamualaikum :D so, Zara nak kongsi percutian bajet untuk 2, 3 hari sahaja buat korang semua. Zara pergi ni pun waktu mama tengah pantang juga, tak boleh berjalan jauh. So, you can try to check out Gunung Jerai, Kedah as your next destination. Memang paling sesuai untuk take a break from work dan dapatkan udara segar serta bersatu dengan alam semulajadi.

Kan ku ukir namamu di awan gunung jerai~
Bersaksikan laut daun nyiur melambai~

So, sebelum naik ke Gunung Jerai ni, Zara stop dulu dekat Muzium Arkeologi Lembah Bujang. Ni kira dekat kaki Gunung Jerai tu jugalah, stop dulu sebelum tekan minyak pusing2 mendaki gunung. So, apa yang menarik dekat sini? Well, ada pelbagai barang arkeologi sejak kurun ke-2 hingga ke-12 masihi. Apa yang lagi menarik? Siap ada candi lagi dekat situ, alaa yang korang belajar dalam sejarah tu pasal Hindu Buddha. Apa pula yang paling menarik? Masuk percuma! Nah visit guna gambar dulu, nanti visit betul2 yaa.








Lepas tu, Zara menginap dekat The Regency Jerai Hill Resort, Zara memang suggest lah korang menginap dekat sana sebab indah jer sekeliling dia dengan pokok2 bunga warna-warni. Hati2 bila jalan sebab dia atas gunung, ada yang curam sikit tapi no hal lah babe :) eh, tak percaya ke? Nak tengok gambar juga betapa indahnya? Nahh selamat jamu mata.





Kan dah cakap indah, bagi heart eyes emoji sikit hehe. And as usual, any resort or hotel yang hebat ni perlu ada swimming pool, tu dah kira wajib lah. Bukan untuk kita, tapi untuk adik2 atau anak2 kita, mereka kalau pergi hotel jer first question mesti "Ada swimming pool tak?". Kita ni lainlah first question selalunya "Ada wifi tak?". Hahaha admit it babe. Okay so here's the swimming pool.



Next, korang boleh juga melawat Muzim Perhutanan yg terletak di puncak gunung. Rumah ni dibina dari kayu seakan-akan rumah tradisional Melayu. Selain tu, dekat situ ada juga taman rimba. Untuk yg suka keindahan alam, mmg patut korang bersiar-suar dekat hutan rimba ni. Ada air terjun wohooo. Lagipun sbb dia dekat area puncak gunung, mmg rasa fresh udara dia fuhh, siap boleh tengok pemandangan sawah padi lagi dekat bawah.


So, put Gunung Jerai on the list as your next short break vacation or percutian bajet okay :) it's worth it.