Friday, March 24, 2017

Cara Menghilangkan Sunburn

Assalamualaikum :) post kali ni mesti semua orang dah banyak kali dengar dan dah arif tentang cara nak menghilangkan sunburn. Tapi kali ni cara dia lain sikit bcoz it is Zara's style.

Mari mulakan dengan mukadimah dulu. Sunburn ni terjadi bila kulit terkena sinaran matahari secara langsung melebihi 30 minit. Selalunya mereka yang berkulit
putih memang teruk bila kena sunburn akibat kandungan melanin yang rendah.

Hari tu, Zara join ANSARA netball di UM. Memang seharian tu teruk muka ni kena sunburn. Teruk mana? Tengok gambar ni.
Sebelum

Selepas

Okay jadi langkah awal kalau taknak sunburn kita tak sepatutnya biarkan diri terdedah pada sinaran matahari waktu 10 am till 3 pm sebab sinaran UV kuat waktu tu. Kalau terpaksa juga, gunalah sunblock untuk halang sinaran UV ni.

Tapi kalau dah terkena juga sunburn ni, jangan risau. Zara dah guna cara ni dan Alhamdulillah dalam 3, 4 hari jer kulit dah okay semula.

Peringkat awal sunburn, kulit kita akan kemerahan dan rasa panas, kering, gatal. Jadi bagi mengelakkan kulit ni jadi lebih teruk seperti menggelupas, letaklah mayonis pada waktu malam. Ia membantu kulit kita menjadi sejuk.

Keesokannya, bila kulit dapat diselamatkan daripada rasa panas, kering, gatal menggunakan mayonis, barulah ke langkah seterusnya. Gunakan limau nipis untuk menghilangkan sunburn yang membuat kulit anda tu gelap. Pada awalnya terasa pedih muka tapi itulah yang bagus, sedikit asid untuk kikis setiap kandungan yang menggelapkan kulit. Letak limau nipis ni 2 kali sehari untuk tempoh 2, 3 hari.

Maka macam tu sahaja anda akan mendapati kulit anda kembali seperti biasa. Cepat dan mudah dan jimat. Ingat dua simple steps ni. Mayonis dan limau nipis okay :)








Avani Sepang Goldcoast Resort

Hi and assalamualaikum :) hari ni Zara nak throwback percutian 2 tahun yang lepas, waktu tu mama baru lepas pantang jadi Zara sekeluarga sempat ada short vacay jer. We went to Avani Sepang Goldcoast Resort. Okay, so tempat ni dekat Sepang, Selangor atau Goldcoast Australia? Jawapannya dekat Sepang, Selangor jer.

Apa yang menarik tentang resort ni ialah ianya dibina di atas pantai dan strukturnya membentuk sebuah pohon kelapa. Sangat cantik jika dilihat dari pandangan atas. Jadi, Zara akan sertakan gambar keindahan sekitar resort tu.





Tadaaa! And here were us during the reception. Btw, ada juga buggy yang akan bawa kita dan barang-barang terus ke bilik resort kita.




Bilik dia sederhana besar, selesa, nyaman, kemas. Lagipun ada port untuk kita duduk tepi beranda sambil minum air dan merasai angin sempoi-sempoi bahasa. Nak memancing pun boleh. My little Aqil actually berjaya tangkap ikan tapi mama suruh lepaskan balik. Nak masak mana lah pun ikan tu kan?

Selain tu, ada juga disediakan basikal untuk memudahkan para pelancong bergerak di sekeliling kawasan resort yang luas tu. Basikal ni boleh jer kalau nak letak depan bilik kita tapi hati-hati lah, sebab basikal Zara kena curi hahaha bad luck.



Seterusnya, resort ni kan dibina di atas pantai jadi tak lengkap lah kalau kita tak pergi pijak pasir kat pantai tu. Memang cantik pantai dia. Nak mandi dekat situ pun boleh.





Lepastu ada tempat rekreasi yang lebih santai dekat area pantai tu, ada mini golf field dan tempat permainan untuk budak-budak.



Akhir sekali, kalau bercuti dengan budak-budak ni memang wajib kena ada swimming pool. So, swimming pool dia sangat besar dan indah jer pemandangan.



So everyone, kalau ada short holiday break boleh lah nak cuba bercuti dekat Avina Sepang Goldcoast Resort. Dalam 2, 3 hari cukup lah, bukan ada aktiviti berat apa pun cuma untuk merehatkan diri. What about this 1st May during Labour Day, you guys seriously should go there. Alright, just a suggestion, bye.


Shopping Tips in Medan, Indonesia

Assalamualaikum :) fyi, lain negara lain budaya dan adat resam mereka, lain juga ketamadunan dan persekitaran mereka, walaupun serupa agama iaitu Islam. Went to Medan really open my eyes bout their society. Kalau dekat Malaysia pun ada dah rasa annoyed dengan penjual yang ikut belakang anda, dekat Medan lagilah wallahualam.

For positive vibe, instead of saying penjual di sana annoying, I call it kegigihan mencari rezeki. So, here's some tips sebagai persediaan awal kalau ada yang nak menjejak kaki shopping di Medan. I mean, best kot, sana banyak pilihan dan harga 50% murah compared to Malaysia. But there's cos and pros.

First, pergi shopping awal pagi, lepas breakfast terus pergi. Mall dekat sana buka dalam pukul 9 am. Kalau pergi petang, keadaan sesak dia mengalahkan KL, serius ni. Jadi, pergilah dalam 9 am till 12 pm untuk shopping dengan selesa. Lagipun, waktu pagi ni selalunya dapat diskaun berganda, harga pecah telur katanya.

Second, kalau dalam bab tawar-menawar, you gotta be genius. Contohnya penjual tawarkan semeter kain 250 000 rupiah. Sebagai pembeli korang kena minta kurangkan harga sampai tahap tak masuk akal, contohnya 150 000 rupiah. So, penjual tu mesti tak setuju sebab korang minta murah sangat. Here's the best part. Naikkan harga tu sikit-sikit, 160 000 rupiah, 170 000 rupiah, 180 000 rupiah, okay cakap setakat tu jer korang boleh naikkan. Good news, penjual tu mesti setuju sebab takdelah murah sangat macam yang korang mula-mula minta. Well, faham tak ni? Its psikologi game.

Third, ada penjual jalanan yang akan paksa korang beli barang mereka, merata-rata tempat ada. The best way is, jangan stop. Teruskan berjalan dan buat tak dengar. You'll safer that way, just believe me okay.

Forth, penjual sana suka guna trick. Contohnya yang terjadi sendiri dekat Zara, katanya dia menjual keychain dengan harga RM1. Murah gila kan? Tapi bila nak bayar, kena bayar 5 000 rupiah sedangkan RM1=3 000 rupiah. End up keychain tu hampir RM2 harga dia. Ada satu lagi penjual, katanya jual sekotak strawberry RM1 juga, sambil dia tunjunkkan sekotak strawberry yang sederhana besar. Zara pun bayar, sekali dia bagi strawberry kotak kecil jer dan buahnya dah lebam, dia cakap yang sederhana besar tu kena bayar RM10. So, beware guys!

Lastly, semua yang melibatkan input duit mereka mesti gigih lah. Once, Zara baru melangkah turun dari van and suddenly this one guy grab my arm suruh naik kuda. Adik Zara pula sebab dia kecil terus kena angkat letak atas kuda. How to say no? Terpaksa lah juga bayar dan naik. But still worth it bcoz it's a horse yeayy.

So, I guess that's all. Harap ada input positive, janganlah korang pun terrrbazir duit sebab kena kelentong macam Zara. I'll end it with half-forced-yet-fun-horse-riding photo.

Istana Maimun, Indonesia

Assalamualaikum. Okay kali ni nak sambung pasal percutian di Indonesia. Antara yang paling menarik sekali ialah bila Zara dapat melawat Istana Mainum. Apa yang special tentang istana ni? Tentulah dari segi strukturnya. Sekejap Zara kongsikan gambar ya.



Indah kan, serba kuning jer Istana Maimun ni, corak dan hiasan dalaman dia pun sangat menarik. Jadi, pada awalnya, istana ni dibina oleh Sultan Deli, tapi sekarang istana ni telah dijadikan muzium kerana selepas Indonesia mencapai kemerdekaan, sultan hilang kuasa dan diganti oleh kerajaan. InsyaAllah tak silap fakta hehe.

Istana Maimun ni luas dan masih ada singgahsana sultan, foto sultan, macam-macam lah yang masih dikekalkan, memang macam dalam istana betul setiap susunan di dalam tu. 

Tapi, apa yang paling menarik? Well, ada disediakan kostum alaa kerabat sultan berwarna merah, kuning, biru, hijau. Pelancong boleh menyarungkan kostum tersebut dan merasa menjadi kerabat sultan untuk beberapa minit serta dibenarkan bergambar di dalam istana. Semestinya Zara pun tidaklah melepaskan peluang ini hehe. Bayaran sangat murah, hanya 10 000 rupiah iaitu kira-kira RM9 sahaja. Bila-bila kalau ke Indonesia area Medan, Istana Maimun ni wajib singgah okay. Here's more photos.





Danau Toba

Assalamualaikum. Hari ni Zara nak cerita pasal percutian Zara ke Danau Toba, Indonesia. Danau ni sebenarnya bermaksud tasik dalam bahasa Indon. Ukuran Danau toba ni ialah 100km panjang dan 30km lebar dan ia merupakan tasik terbesar di Asia Tenggara. Besar mana tu? Ianya sebesar dua kali negara Singapore. Besar kan?

Jadi, Danau Toba ni memang sesuai untuk destinasi percutian lagi-lagi untuk mereka yang penat bekerja dan bosan dengan suasana bandaraya yang sesak. Danau Toba ni ada pemandangan yang sangat indah, sejuk mata memandang warna bumi, laut yang biru dan pohon menghijau.

Dari KLIA, Zara ambik flight ke Kuala Manu, penerbangan selama 45 minit sahaja. Kemudian tour guide membawa Zara sekeluarga ke Danau Toba dengan menaiki van. Perjalanan selama 4 jam, sangat lama dan lenguh badan, tapi Alhamdulillah seronok sebab sepanjang perjalanan Zara dapat melihat keindahan alam yang serius sangat cantik. Danau Toba ni terletak di kawasan pergunungan, maklumlah ia terbentuk akibat letusan volcano. Jadi, jalan ke Danau Toba memang berpusing dan jalannya tidak rata, banyak lubang.

Untuk melihat keindahan Danau Toba, pelancong boleh menaiki bot mengelilingi Danau Toba, tetapi itu akan memakan masa 3 hari 2 malam. Oleh itu, biasanya pelancong akan dibawa melawat ke perkampungan terdekat sahaja yang mengambil masa 45 minit menaiki bot. Ianya sangat berbaloi dapat melihat tasik jernih kebiruan dan bukit-bukau kehijauan, siap ada angin sepoi-sepoi bahasa lagi.

Jadi, di sini Zara akan sertakan sekali dengan gambar Danau Toba. Bila-bila jika ada rezeki boleh lah semua cuba menjejakkan kaki ke sana ya.