Friday, March 24, 2017

Avani Sepang Goldcoast Resort

Hi and assalamualaikum :) hari ni Zara nak throwback percutian 2 tahun yang lepas, waktu tu mama baru lepas pantang jadi Zara sekeluarga sempat ada short vacay jer. We went to Avani Sepang Goldcoast Resort. Okay, so tempat ni dekat Sepang, Selangor atau Goldcoast Australia? Jawapannya dekat Sepang, Selangor jer.

Apa yang menarik tentang resort ni ialah ianya dibina di atas pantai dan strukturnya membentuk sebuah pohon kelapa. Sangat cantik jika dilihat dari pandangan atas. Jadi, Zara akan sertakan gambar keindahan sekitar resort tu.





Tadaaa! And here were us during the reception. Btw, ada juga buggy yang akan bawa kita dan barang-barang terus ke bilik resort kita.




Bilik dia sederhana besar, selesa, nyaman, kemas. Lagipun ada port untuk kita duduk tepi beranda sambil minum air dan merasai angin sempoi-sempoi bahasa. Nak memancing pun boleh. My little Aqil actually berjaya tangkap ikan tapi mama suruh lepaskan balik. Nak masak mana lah pun ikan tu kan?

Selain tu, ada juga disediakan basikal untuk memudahkan para pelancong bergerak di sekeliling kawasan resort yang luas tu. Basikal ni boleh jer kalau nak letak depan bilik kita tapi hati-hati lah, sebab basikal Zara kena curi hahaha bad luck.



Seterusnya, resort ni kan dibina di atas pantai jadi tak lengkap lah kalau kita tak pergi pijak pasir kat pantai tu. Memang cantik pantai dia. Nak mandi dekat situ pun boleh.





Lepastu ada tempat rekreasi yang lebih santai dekat area pantai tu, ada mini golf field dan tempat permainan untuk budak-budak.



Akhir sekali, kalau bercuti dengan budak-budak ni memang wajib kena ada swimming pool. So, swimming pool dia sangat besar dan indah jer pemandangan.



So everyone, kalau ada short holiday break boleh lah nak cuba bercuti dekat Avina Sepang Goldcoast Resort. Dalam 2, 3 hari cukup lah, bukan ada aktiviti berat apa pun cuma untuk merehatkan diri. What about this 1st May during Labour Day, you guys seriously should go there. Alright, just a suggestion, bye.


No comments:

Post a Comment