Friday, March 24, 2017

Danau Toba

Assalamualaikum. Hari ni Zara nak cerita pasal percutian Zara ke Danau Toba, Indonesia. Danau ni sebenarnya bermaksud tasik dalam bahasa Indon. Ukuran Danau toba ni ialah 100km panjang dan 30km lebar dan ia merupakan tasik terbesar di Asia Tenggara. Besar mana tu? Ianya sebesar dua kali negara Singapore. Besar kan?

Jadi, Danau Toba ni memang sesuai untuk destinasi percutian lagi-lagi untuk mereka yang penat bekerja dan bosan dengan suasana bandaraya yang sesak. Danau Toba ni ada pemandangan yang sangat indah, sejuk mata memandang warna bumi, laut yang biru dan pohon menghijau.

Dari KLIA, Zara ambik flight ke Kuala Manu, penerbangan selama 45 minit sahaja. Kemudian tour guide membawa Zara sekeluarga ke Danau Toba dengan menaiki van. Perjalanan selama 4 jam, sangat lama dan lenguh badan, tapi Alhamdulillah seronok sebab sepanjang perjalanan Zara dapat melihat keindahan alam yang serius sangat cantik. Danau Toba ni terletak di kawasan pergunungan, maklumlah ia terbentuk akibat letusan volcano. Jadi, jalan ke Danau Toba memang berpusing dan jalannya tidak rata, banyak lubang.

Untuk melihat keindahan Danau Toba, pelancong boleh menaiki bot mengelilingi Danau Toba, tetapi itu akan memakan masa 3 hari 2 malam. Oleh itu, biasanya pelancong akan dibawa melawat ke perkampungan terdekat sahaja yang mengambil masa 45 minit menaiki bot. Ianya sangat berbaloi dapat melihat tasik jernih kebiruan dan bukit-bukau kehijauan, siap ada angin sepoi-sepoi bahasa lagi.

Jadi, di sini Zara akan sertakan sekali dengan gambar Danau Toba. Bila-bila jika ada rezeki boleh lah semua cuba menjejakkan kaki ke sana ya.





No comments:

Post a Comment