Indah kan, serba kuning jer Istana Maimun ni, corak dan hiasan dalaman dia pun sangat menarik. Jadi, pada awalnya, istana ni dibina oleh Sultan Deli, tapi sekarang istana ni telah dijadikan muzium kerana selepas Indonesia mencapai kemerdekaan, sultan hilang kuasa dan diganti oleh kerajaan. InsyaAllah tak silap fakta hehe.
Istana Maimun ni luas dan masih ada singgahsana sultan, foto sultan, macam-macam lah yang masih dikekalkan, memang macam dalam istana betul setiap susunan di dalam tu.
Tapi, apa yang paling menarik? Well, ada disediakan kostum alaa kerabat sultan berwarna merah, kuning, biru, hijau. Pelancong boleh menyarungkan kostum tersebut dan merasa menjadi kerabat sultan untuk beberapa minit serta dibenarkan bergambar di dalam istana. Semestinya Zara pun tidaklah melepaskan peluang ini hehe. Bayaran sangat murah, hanya 10 000 rupiah iaitu kira-kira RM9 sahaja. Bila-bila kalau ke Indonesia area Medan, Istana Maimun ni wajib singgah okay. Here's more photos.
No comments:
Post a Comment